Tuesday, February 15

Al-Amin sebelum Rasul lagi;



-Dialah ; Muhammad


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mampu kongsi yang ini sahaja sempena 12 Rabiulawal 1432 H ni ; )


1)Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat baginda.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah dan risau melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “Bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


2)Ini pengalaman seorang Hamba Allah yang pernah bermimpi jumpa Nabi kesayangan kita. sikitsikit coretan yang aku bace ;

... “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Aku takde kuih apam lebih utk dihidangkan kat anda , tapi kalau nk bace cerita selebihnya boleh gi sini


3)Ini perihal Hari Kebangkitan nanti, gambaran ketika kita umat Nabi Muhammad S.A.W yang on the way melepasi titian Sirat. Wallahualam .Have a read.


...Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.Kumpulan yang kelima berlari.Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung ditempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.


tmbah la ilmu pengetahuan lagi di sini





Didalam AlQuran itu zahirnya- keindahan bahasa
Didalam AlQuran itu tersembunyinya- redha dan petunjuk Allah
Jika dilazimi membaca, yang zahir semakin bererti yang tersembunyi InsyaAllah diberi
Dan sesudah redha Nya memayungi kita
Akhlak lah outputnya
Nabi menjadi gembira
Syafaat sebagai hadiah
Kerana menuruti bimbingan Yang Maha Mencipta
juga baginda

: )



Assalamualaikum dan sekian
dot/ titik

No comments: