Saturday, October 8

Such a warm quote

Perasaan akan sentiasa melintas, umpama padang akan sentiasa ditumbuhi rumput. Usah dicari perasaan yang hakiki, kerana semuanya dugaan yang berhikmat tinggi.

Thursday, October 6

time dude ,

Ada antara kita. melihat dunia terlalu asyik.
Ada antara kita. melihat akhirat terlalu jauh.
Ada antara kita. melihat yg zahir hanya.

_____________.______________


Assalamualaikum . hampir dua ke tiga tahun kot deactivate posting posting kat blog ni. Lama kan? okay tk lama -.-'


Life today's more mengancam. Penuh cabaran dan dugaan. Penuh resistance even we havent put any current over it. Semua disebabkan modenisasi menggila yang melanda dunia.


Tapikan mira , Iblis dulu ingkar kat Allah pun sebab disuruh sujud kat Adam . Penciptaan Adam dirasakan nanopico lagi low dan hina, berbanding dia ; Allah jadikan dari api . Iblis salahkan manusia lalu dia tk taat pada Allah.


Kita salahkan dunia, lalu tak taat pada Allah.
Nmpak tk persamaan nye? - saya rasa dunia tk bersalah sebenarnya. modenisasi pun tak salah.


Dunia mcm bola. kita tak dapat gol kan bola bukan sebab bola tu. tapi sebab tk pro lagi bab menggolkan bola. Macam tu jugak, kita kelak mungkin menjalani kehidupan abadi sentosa hasil dosa di neraka di akhirat kelak akibat perbuatan kat dunia dulu. And of course ,hal ini bertentangan kalau kita diizinkan Allah menginap di Syurga yang TeraGiga Pretty Awesome Great Nikmat Tak Terhingga tu.



Sekarang nak tanya . Kenapa kita (misalnya) dapat imbalan neraka ?? Mestilah bukan sebab dunia. Semuanya sebab kitalah yg tk berapa profesional merancang kehidupan di akhirat. kita tahu kita akan duk satu tempat selame2nye. tp kite hanya sekadar ambil lewa, dgn menempah hotel cikai cikai. murah sikit. skang ni duit byk2 kita belanja la untuk dunia. untuk modenisasi. untuk 'keseronokan'. But untuk akhirat tibatiba kita jadi kedekut. untuk akhirat, tibatiba kita jadi penjimat terulung.




Actually Allah has simplify everything for us.
It's all about EEMAN .macam mana kita tengok luar gelas air susu ais yg kita order kat kedai mamak tu ada titisan air terkondens untuk tau air tu betul2 sejuk ke tak Macam tu jugakla kita tengok diri kita untuk tau apa dah jadi dgn iman kita. Sebab The Holy Quran pun ceritakan tentang ketidakmungkinan kita melakukan kemaksiatan pada Allah melainkan kurang nya Iman .




Saya percaya , diri saya sendiri banyak terzahir kekurangan. Percayalah, tiada power loss pun jika kita saling berpesan. Tak melibatkan naik turun harga 500 gram asam keping di pasaraya Tesco pun. Huhu

Tuesday, February 15

Al-Amin sebelum Rasul lagi;



-Dialah ; Muhammad


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mampu kongsi yang ini sahaja sempena 12 Rabiulawal 1432 H ni ; )


1)Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat baginda.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah dan risau melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “Bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


2)Ini pengalaman seorang Hamba Allah yang pernah bermimpi jumpa Nabi kesayangan kita. sikitsikit coretan yang aku bace ;

... “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Aku takde kuih apam lebih utk dihidangkan kat anda , tapi kalau nk bace cerita selebihnya boleh gi sini


3)Ini perihal Hari Kebangkitan nanti, gambaran ketika kita umat Nabi Muhammad S.A.W yang on the way melepasi titian Sirat. Wallahualam .Have a read.


...Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.Kumpulan yang kelima berlari.Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung ditempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.


tmbah la ilmu pengetahuan lagi di sini





Didalam AlQuran itu zahirnya- keindahan bahasa
Didalam AlQuran itu tersembunyinya- redha dan petunjuk Allah
Jika dilazimi membaca, yang zahir semakin bererti yang tersembunyi InsyaAllah diberi
Dan sesudah redha Nya memayungi kita
Akhlak lah outputnya
Nabi menjadi gembira
Syafaat sebagai hadiah
Kerana menuruti bimbingan Yang Maha Mencipta
juga baginda

: )



Assalamualaikum dan sekian
dot/ titik